Sunday, December 5, 2010

Welbeck Dalam Rancangan Alex

 
 
 
Sir Alex Ferguson terpanggil untuk menghantar mesej lucu kepada Steve Bruce minggu ini. Mesej itu adalah berkenaan untuk membawa Danny Welbeck pulang ke Old Trafford selepas dipinjamkan kepada Sunderland.
 
Khabar angin yang mengatakan Welbeck terikat dengan Sunderland sehingga akhir musim adalah tidak benar. Namun, pemain itu kini jelas berada dalam fikiran Ferguson yang menunjukkan dia adalah antara bintang muda United yang bakal mengisi skuad utama Ferguson nanti.
 
Walaupun Welbeck memulakan musim dengan agak perlahan di timur laut, empat gol yang dijaringkan dalam tiga perlawanan terakhir membuktikan bahawa keputusan pinjaman memberikan dia pengalaman berharga.
 
"Danny lakukannya dengan cemerlang. Masalahnya, dia berkembang dengan terlalu cepat. Itu bererti dia tak cukup kuat dan akan terlepas banyak perkara dalam bola sepak," kata Ferguson.
 
 
 
 
 
 
"Sekarang dia mula berkembang dan semakin matang. Dia bermain dengan bagus semasa menentang Chelsea dan Everton. Dia juga telah menunjukkan apa yang dia boleh lakukan dalam perlawanan yang besar."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...