Wednesday, December 15, 2010

Kembali Ke Persada Liga

Manchester United mengukuhkan cengkaman mereka terhadap Liga Perdana Isnin lalu dengan mendahului dua mata di persada liga selepas menang 1-0 ke atas pesaing Arsenal di Old Trafford.
Gol babak pertama oleh pemain Korea Selatan Park Ji-sung menjamin kemenangan malah United juga mampu terlepas penalti oleh Wayne Rooney ketika mereka mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini kepada 16 perlawanan.
Sejurus selepas itu, pengurus Arsenal Arsene Wenger menyalahkan permukaan padang atas kekalahan mereka dan menekankan Gunners masih boleh memenangi liga walapun kegagalan mereka menyerlah dalam perlawanan besar menyaksikan mereka tidak berjaya menewaskan United atau Chelsea dalam 11 pertemuan terakhir.
Pengurus United, Sir Alex Ferguson, bagaimanapun, gembira pasukannya menjadi pendahulu liga dengan satu perlawanan dalam tangan menjelang perhitungan menentang Chelsea Ahad ini. Dia berkata: "Prestasi kami sedang meningkat dan kami ada perlawanan sukar Ahad ini yang merupakan perkara terpenting sekarang.
"Kami harus main dengan baik dalam perlawanan besar, kami harus cemerlang. Kami lakukannya malam ini, terutama ketika separuh masa pertama."
"Agak luar biasa Wayne lepaskan penalti dan itu memberi Arsenal semangat. Namun barisan pertahanan kami amat cemerlang, sangat menakjubkan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...