Sunday, December 5, 2010

Beliau Terlalu Bagus Untuk Sunderland

Pengurus Sunderland  Steve Bruce jujur mengakui yang beliau tidak mungkin akan dapat mengekalkan terus penyerang pinjaman Manchester United tersebut di kelab.

Pemain berusia 20 tahun itu telah  beraksi cemerlang musim ini dan Bruce mahu terus mengekalkan beliau dalam pasukan.


Beliau berkata: 'Danny bermain dengan cemerlang ketika ini dan Liga Perdana Inggeris mula memberikan perhatian.

'Saya tumpang gembira untuk beliau kerana saya fikir beliau akhirnya telah menemui rentak terbaiknya di Liga Perdana bersama kami dan kejayan beliau adalah kejayaan kami.

'Tapi dari segi menukar kontrak pinjaman pemain menjadi kekal, anda perlu menerima hakikat nyata bahawa dalam kebanyakkan kes, lebih bagus aksi pemain pinjaman itu maka semakin kuranglah peluang anda untuk mendapatkan mereka.

'Dan dengan cara permainan Danny ketika ini, jika beliau meneruskan perkembangannya, beliau hanya akan terus bersama kelab terbesar di sini.'



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...