Entry kali ini berkaitan menangis juga kesinambungan dari entry lepas yang bertajuk 'wanita menangis bukan kerana lemah', seperti yang dijanjikan entry kali ini merujuk ' kenapa lelaki sukar menangis? Adakah kerana ego?
Pada umumnya kita mengetahui kaum lelaki amat sukar untuk mengalirkan air mata berbanding wanita. Apa pendapat anda kalau seseorang lelaki menangis? Berkurang atau bertambahkah sifat-sifat kelakiannya itu? Ada yang mengatakan lelaki sukar untuk menangis kerana ego dan juga control macho.
Tapi ketahuilah lelaki juga menangis tapi mereka hanya menangis didalam hati. Andai kesakitan dan kekecewaan yang tak dapat ditanggung barulah mereka akan mengalirkan air mata yang sukar untuk mengalir itu. Mereka menangis bukan seperti menangis meroyan macam sesetengah perempuan menangis.hehe.
Aku ada bertanya dengan beberapa kawan lelaki termasuklah ayahku sendiri. Mereka menyatakan perkara yang sama yang lelaki memang sukar untuk mengalirkan air mata. Seorang teman menyatakan yang dia memang sukar untuk menangis. Hanya pernah menangis sewaktu kehilangan ibu tercinta. Berkenaan cinta dan sebagainya dia tidak pernah mengalirkan air mata walaupun hatinya sakit dek kecewa.
Jadi memang benarlah seorang lelaki itu memang sukar menangis. Tapi kenapa.? Mungkinkah kerana ego atau sifat azali seorang lelaki itu yang tegas. Dalam al Quran Allah berfirman ;
" Kaum Lelaki itu adalah pemimpin kaum Wanita ".
Kenyataan dari firman Allah ini memperlihatkan bahwa Allah telah mempersiapkan kepada kaum lelaki sifat-sifat kepemimpinan . Pada sifat sifat kepemimpinan inilah kewibawaan seorang lelaki dan tampil dengan memperlihatkan keegoanya.
Ada baiknya Allah ciptakan keegoaan dalam diri seorang lelaki. Setiap kurniaan Illahi itu ada baiknya dan kegunaannya. Tetapi wanita selalu menyalah ertikan keegoaan lelaki sebagai tekanan bagi mereka.
Jika seorang lelaki tidak menghayati dan mengetahui penciptaan Illahi berkenaan ego seorang lelaki pastinya akan menyalah gunakan sifat tersebut dengan memijak atau memperlakukan wanita sesuka hati mereka. Padahal sifat tersebut Allah mempersiapkan supaya boleh menjadi pemimpin dan juga pelindung bagi wanita. Dalam hadis Nabi saw bersabda ;
Lelaki yang baik adalah lelaki yang menyayangi ahlinya. Lelaki yang hina adalah lelaki yang menghina wanitanya.
"Percayalah disebalik ketegasan dan keegoaan yang ditunjukkan oleh lelaki, masih ada kelembutan dihati. Andai hati mereka sebagai lelaki tersentuh mereka juga akan bersedih tapi cara mereka meluahkan dan menghilangkan rasa kesedihan itu mungkin berlainan dengan perempuan. Berbanding perempuan yang suka menghilangkan rasa bebanan dihati dengan menangis. "
Tahukah anda;
Menurut sebuah kajian terhadap lebih dari 300 orang dewasa, dalam purata, lelaki menangis sekali setiap bulan, dan wanita menangis sekurang-kurangnya lima kali per bulan, terutamanya sebelum dan selama haid.
nice entry..:)
ReplyDeleteyes
ReplyDelete