Keano yang tertekan telah meninggalkan kelab terdahulunya Sunderland dua tahun yang lalu tapi kali ini membayangkan akan terus kekal di Portman Road.
The Tractor Boys telah kalah enam perlawanan liga berturut-turut – siri pencapaian paling buruk mereka dalam tempoh 16 tahun – dan mengalami sembilan kekalahan dari 11 perlawanan Liga Kejohanan.
Dan walaupun ada gesaan supaya beliau dipecat dari segelintir peminat yang marah, Keane berkata: "Saya tidak terfikir untuk berkemas. Saya tidak pernah ada rekod sebegini dalam kehidupan saya tapi saya perlu harunginya."
Ipswich akan menjadi tuan rumah kepada Leicester hari ini dan Keane mengakui satu lagi kekalahan akan menentukan takdirnya.
Beliau menambah: "Saya tahu betapa bertuahnya saya berbanding pengurus lain tapi akan sampai masanya kesabaran orang akan tamat."
"Ia mungkin akan menjadi perlawanan terakhir saya Sabtu ini tapi hidup saya tidak akan jadi tunggang-langgang jika saya kehilangan jawatan saya. Saya ada kehidupan lain selain dari bola sepak."
No comments:
Post a Comment