Wednesday, December 15, 2010

Keputusan Bodoh

Alex Ferguson mengecam pemilik Blackburn kerana memecat Sam Allardyce. Big Sam telah dipecat oleh Venky Group yang membuat kekayaan melalui ternakan ayam. Skuad Rovers kini di kedudukan ke-13 Liga Perdana.
Keputusan itu telah membuatkan teman rapat Allardyce iaitu bos Manchester United, Ferguson terkejut.
Bercakap selepas kemenangan 1-0 United ke atas Arsenal di Old Trafford, Ferguson berkata, "Dia menelefon saya jam 3.10 petang dan berkata 'boleh saya minum secawan teh bersama kamu malam ini?' kerana dia mahu datang ke permainan."
"Kemudian dia menghubungi saya pada jam empat lebih dan berkata 'aku sudah dipecat'. Tak pernah saya dengar keputusan bodoh  sebegitu sepanjang hidup saya, ini sangat mengarut."
"Saya tak tahu apa yang mereka lakukan di sana, tapi ini menjejaskan saya."
"Secara jujur, ini sangat mengejutkan dan di luar jangkaan. Terlalu mengarut. Saya tak mahu mengikut jejak langkahnya!"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...