Bekas kapten Manchester United, Gary Neville mengesahkan mahu mengikuti jejak Edwin van der Sar untuk bersara pada akhir musim ini, menandakan berakhirnya era Gary Neville di Old Trafford.
Neville, 35, tidak mungkin ditawarkan kontrak baru selepas hanya melakukan tiga penampilan di awal musim ini disebabkan kecederaan yang dialaminya.
Sementara itu, Ryan Giggs yang meraikan ulang tahun ke-37 minggu lalu dan Paul Scholes yang sedang menikmati musim panas di India, hanya melepaskan Neville bersara.
Ketiga-tiga mereka akan tamat kontrak pada akhir musim ini. Namun Sir Alex Ferguson berkata, "Ryan hebat di usia 37 tahun dan kecergasannya tidak berubah."
"Berbeza dengan Gary, kita harus menilainya. Dia tercedera dan jika anda tercedera pada usia 30-an, keadaan ini memang sukar. Inilah yang membezakan Ryan dengan Gary."
Neville berada di tangga kelima dalam senarai pemain United yang membuat paling banyak penampilan untuk kelab iaitu dengan 601 perlawanan.
No comments:
Post a Comment