Wednesday, December 15, 2010

Lampard Beraksi!

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti menjangkakan Frank Lampard akan memulakan aksi bertemu Manchester United pada hari Ahad, selepas muncul sebagai simpanan di Tottenham Hotspur.
The Blues menyekat Spurs dengan keputusan seri di White Hart Lane dalam aksi setempat London dan midfielder itu membuat penampilan bergaya sewaktu keluar dari bangku simpanan bagi menggantikan Florent Malouda selepas 77 minit.
"Saya fikir dia akan mampu memulakan perlawanan seterusnya," Ancelotti memberitahu wartawan. "Dia mahu terlibat dalam skuad, untuk mula dari bangku. Ini berita yang sangat baik untuk kami."
Didier Drogba pula terlepas peluang penalti yang menyaksikan permainan berakhir dengan seri, memanjangkan aksi tanpa menang pasukan kepada lima perlawanan di Liga Perdana. Bekas bos AC Milan merasakan kemunculan semula Lampard boleh menjadi dorongan utama kepada skuad barat London.
"Ini sangat penting, bukan hanya kerana dia pemain hebat," kata Ancelotti di saat midfielder itu kembali beraksi.
"Dia mampu menguruskan saat ini dengan pengalaman dan personalitinya."
Seri di White Hart Lane bermakna Chelsea kekal di tempat keempat. Meskipun prestasi mereka jatuh sejak beberapa minggu ini, warga Itali itu menegaskan dia dan skuad bimbingannya akan turus mengejar gelaran sehingga akhir musim nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...