Thursday, December 30, 2010

Malaysia Julang Piala SUZUKI

Malaysia berjaya meraih kejayaan pertama Piala Suzuki hasil kemenangan agregat 4-2 ke atas Indonesia pada hari Rabu.
 
Skuad Malaysia menuju leg kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta berbekalkan kemenangan 3-0 sewaktu leg pertama di tempat sendiri. Keyakinan skuad K. Rajagobal dipanjangkan lagi dengan gol oleh penyerang, Mohd Safee Mohd Sali sembilan minit selepas waktu rehat.
 
Prestasi Mohd Safee dalam skuad kebangsaan kini berada di puncak, dia telah menjaringkan dua gol di leg pertama serta tambahan dua lagi gol di kemenangan semi-final ke atas Vietnam.
 
Namun, Indonesia tetap berjuang sehingga ke akhir perlawanan, memberikan penyokong rumah sedikit harapan ketika bek, Mohammad Nasuha menjaringkan gol selepas 72 minit.
 
Muhammad Ridwan menambah gol kedua Indonesia pada baki dua minit bagi memastikan kemenangan 2-1 malam itu sekaligus menyelamatkan kehormatan mereka selaku hos. Walau bagaimanapun, itu tidak cukup untuk menafikan kehebatan Malaysia meraih gelaran Piala Suzuki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...