Monday, May 9, 2011

Kita Serupa.....



Pada suatu hari.... ada satu pertandingan menyanyi peringkat haiwan di hutan......pertandingan pun bermula  la...Burung nuri pun menyanyi...Merdu sungguh suara nuri tu.....Kemudian sang musang pun menyanyi diikuti pula oleh sang babi ni.... Sang babi pun mula menyanyi la.....tiba-tiba semua haiwan melarikan diri........
Tahu kenapa?
Kerana babi ni nyanyikan lagu dari Headwind "Kita serupa...."


Selimut Putih Pembalut Badan.......




Jika kita menyedari hakikat kejadian diri sebagai makhluk Allah (SWT) pastinya kita memahami akan peranan yang terletak di atas pundak sejak azali lagi. Apabila kita mengetahui mengenai unsur kejadian manusia yang terdiri daripada empat - tanah, air, api, dan angin; apa sangatlah yang ada pada kita untuk dibanggakan. Soal kenapa kita dibangkitkan, ke manakah kita kemudian nanti dan halatuju serta matlamat kehidupan maka jelas manusia tidak boleh hidup sebagai sebuah pulau atau bersendirian kerana hakikat kejadian yang saling lengkap melengkapi dan tiada seorang manusia pun yang dapat melakukan segala-galanya berseorangan.Tidak berhak kita untuk mendabik dada, berlagak sombong, angkuh lagi bongkak apabila kita mengenali hakikat kejadian manusia yang serba lemah. Siapa kita di bumi yang dicipta Allah (SWT)? Rata-ratanya manusia yang serba lemah ini cukup teruji keimanannya apabila kita diberikan sedikit nikmat harta kekayaan, kuasa, wang, kedudukan, nama, populariti. Walhal tidak ke mana segala yang ada kerana kita pasti akan balik mengadap Allah dengan hanya berbungkuskan kain putih belaka. Betapa lemahnya manusia. Sebagai manusia biasa; kita kerapkali kecundang dengan kelemahan kita. 


OST Hantu Kak Limah Balik Rumah.........



Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal


Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu
Hangat membakar panas membara

Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan

Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu
Terus memancar terus membara

Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal
Bawa ku pulang , Bawa ku pulang, Bawa ku pulang..............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...