Jika kita menyedari hakikat kejadian diri sebagai makhluk Allah (SWT) pastinya kita memahami akan peranan yang terletak di atas pundak sejak azali lagi. Apabila kita mengetahui mengenai unsur kejadian manusia yang terdiri daripada empat - tanah, air, api, dan angin; apa sangatlah yang ada pada kita untuk dibanggakan. Soal kenapa kita dibangkitkan, ke manakah kita kemudian nanti dan halatuju serta matlamat kehidupan maka jelas manusia tidak boleh hidup sebagai sebuah pulau atau bersendirian kerana hakikat kejadian yang saling lengkap melengkapi dan tiada seorang manusia pun yang dapat melakukan segala-galanya berseorangan.Tidak berhak kita untuk mendabik dada, berlagak sombong, angkuh lagi bongkak apabila kita mengenali hakikat kejadian manusia yang serba lemah. Siapa kita di bumi yang dicipta Allah (SWT)? Rata-ratanya manusia yang serba lemah ini cukup teruji keimanannya apabila kita diberikan sedikit nikmat harta kekayaan, kuasa, wang, kedudukan, nama, populariti. Walhal tidak ke mana segala yang ada kerana kita pasti akan balik mengadap Allah dengan hanya berbungkuskan kain putih belaka. Betapa lemahnya manusia. Sebagai manusia biasa; kita kerapkali kecundang dengan kelemahan kita.
Monday, May 9, 2011
Selimut Putih Pembalut Badan.......

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment