Dan Dialah yang menidurkan kamu pada
waktu malam dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Dia
bangunkan kamu (dari tidur) Kemudian
kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang
kamu lakukan
Al An'am : 60
Mengeinsafi nikmat tidur adalah
sebahagian daripada nikmat Allah.
Membaca doa sebelum tidur.
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ اَمُوتُ وَاَحْيَا
Dengan namaMu Ya Allah yang mematikan dan menghidupkan
Bertaubat dan memohon ampun daripada
dosa-dosa
Memberbaharui syahahadah
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِبَاسًا وَالنَّوْمَ سُبَاتًا وَجَعَلَ النَّهَارَ نُشُورًا
Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam
untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta
menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.
Al Furqan : 47
Mambaca doa ketika bangun tidur
اَلْحَمْدُ
لله الَّذِى اَحْيَانَا بَعْدَمَا اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرَ
Segala puji bagi Allah yang
menghidupkanku sesudah mematikanku dan kepadaMu tempat kembali
Menunaikan Solat Tahajud jika terjaga
disebahagian malam
تَتَجَافَى
جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
Mereka merenggangkan diri dari tempat
tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan
amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan
takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi
(keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami
beri kepada mereka.
No comments:
Post a Comment