Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh
perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan
keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yg. jangan
dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri
sendiri. :
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri
terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya
merbahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan
mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi
itu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti
makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut
mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi
kepapaan.
9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau
memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam
setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan
memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan
kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal
jin kafir dan syaitan.
21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke
rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang
itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada
tangkal bukan kepadaNYA.
24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk
kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.
Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga.